"Ya Allah, bukakan kepada kami hikmatMu, dan berikan kepada kami rahmatMu, Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

NOTA

BAB 1: WUDHUK



PENGERTIAN

Bahasa: sesuatau perbuatan menggunakan air pada anggota - anggota tertentu

Syara' : membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka,membasuh kedua belah tangan,menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu.


HUKUM

1-Wajib- ketika hendak melakukan ibadah seperti solat,tawaf dan menyentuh Al-Quran dan sebagainya

2-Sunat- duduk dalam masjid,azan,ketika hendak tidor dan sebagainya




Puasa 

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenammatahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. 



Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Syarat Wajib Puasa:

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.

Syarat Sah Puasa:

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Doa berbuka Puasa


اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan



Rukun Islam 5 perkara:

1) Mengucap 2 kalimah syahadah


2) Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.
     Waktu solat:
     Subuh      : 2  rakaat
     Zuhor      : 4 rakaat
     Asar        : 4 rakaat
     Maghrib  : 3 rakaat
     Isya'        : 4 rakaat 

3) Berpuasa di bulan Ramadhan

4) Mengeluarkan zakat

5) Menunaikan haji bagi yang berkemampuan



No comments:

Post a Comment